About Me

My photo
Assalamualaikum.... Saya Nur Syahirah and this is just something that i wrote randomly. syira mintak maaf kalau ada yang terkasar bahasa... life is short,you can play or become naughty... Do everything you want but ALLAH is our priority. Ingat Allah selalu ^_^

Friday, November 4, 2011

kisah sedih seorang insan


SEKADAR INGiN MEMANJANGKAN DOA...
Bagi sesiapa yg telah menerima berita ini..harap maaf jika mengganggu..kepada sesiapa yg belum pernah terima..harap boleh baca spai habis..

"Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di ...MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian."

Harapan sy( MBAKHRi Ir)..agar anda dapat menekan butang "share" dibawah utk memanjangkan lg DOA ini kepada sesiapa sahaja.

Terima kasih dr sy kerana anda sudi membacanya spai habis...

function of blog

mule2 mmg wat blog ni untuk tulis ape yg syira bljar.. tpi stlah brjurn wat blog...
akhirnye!!! mmg tak la bnde tu nk jdi..
so skrang ni syira focus untuk mmbace blog org laen :) trbaik la!!!

Wednesday, August 3, 2011

my FYP - part 1

FYP= final year project....
bila di sem akhir ni, saya dah mula kena buat projek semester akhir.. tajuk saya ialah Modification of histotechnique in tissue processing. Supervisor saya ialah Sir Hanan.. dia pernah mengajar saya sebelum ini dan dalam sem ini jugak......
Perkara yang merungsingkan saya sekarang bukanlah supervisor saya tapi kerja kursus saya ni...
Kerja saya ini memerlukan saya berkerja dengan tikus hidup... Tikus hidup ini saja pun dah memberikan masaalah besar bagi saya apatah lagi nak membedahnya pula.....
Dulu saya pernah buat tugasan seperti ini sewaktu di tingkatan 5, berbezanya dulu ialah saya membuat eksperimen ini pada seekor katak.bersama rakan2...
kali ini membuatnya sendiri dan terpaksa melakukan benda ini sekali lagi pada beberapa ekor tikus bukanlah perkara yang mengembirakan...
Sebaliknya ia satu perasaan yang tak berapa seronok..... susahla nak terangkan....
Tapi nanti saya akan laporkan semua eksperimen saya ini.. doakan saya berjaya ya

p/s: to encik2 tikus... maafkan saya..

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapore

game bola malam ni memang terbaikla....
memang la kita kalah tapi nampak perbezaan yang nyata diberikan semua orang antaranya ialah:
1) pemain malaysia nampak lebih yakin dan bersemangat.. kalau dulu pemain Malaysia bila hampir nak kalah, game diorang makin hambar. Menyebabkan ramai yang marah.
2) penyokong Malaysia sekarang lagi sporting... dekat radio, tv sumenye memberi semangat penuh terhadap pemain.... siap hafal lagi nama........

tapi harapnya semua ni berkekalan la..... ialah, kepercayaan yang diberi peminat kepada pemain adalah 80% sekarang, harap pemain malaysia dapat tunjukan yang terbaik.. seperti hati ni...
walaupun kalah, sume still TERBAIK!!!!!!!
SEMOGA BERJAYA!!!

Monday, July 25, 2011

antara Aku dan Dia

dia adalah mereka yang rapat dengan syira.....
kalau ikutkan terdapat perbezaan yang jelas antara syira dan mereka.....
dengan diorang syira tak dapat jadi siapa syira yang sebenarnya tapi dengan diorang juga hidup syira sangat ceria...
adakala sangat sukar tetapi kebanyakkan masa ianya sangat manis....
yang sukar sebenarnya bukanlah mereka tapi saya sendiri yang tak dapat menerima diriku yang baru...
syira yang baru lebih pendiam, lebih suka memendam rasa dan sering rasa terabai..
orang lain selalu cakap saya seorang yang blurr, over sensitive dan macam2 lagi....
mengenai itu saya tak mampu nak kata TIDAk.. sebab itu mungkin saya yang sebenarnya tanpa saya sedari....
tapi baru2 ni seorang rakan telah poskan sesuatu yang sangat tulus tuturkatanya yang membutakan saya sedar..
it okay for whatever people want to say.. it is me that important...
how do i convert it into the right way........
bacalah ni.. dan berikan pendapat anda.... i do hope there is comment :)
4 PERKARA

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara:
- percakapan
- diam
- pandangan
- gerak laku

~ Percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah s.w.t itu sia - sia..
~ Diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah s.w.t itu leka..
~ Pandangan yang tidak disertai iktibar itu lalai..
~ Gerak laku yang tidak disertai dengan rasa kehambaan itu kosong..

Dirahmatilah hidupnya bagi orang - orang yang menjadikan:
- Percakapan sebagai zikir
- Diam sebagai tafakur
- Pandangannya sebagai iktibar
- Gerak laku sebagai perhambaan

Ayuh bersama renungi kembali ke dalam diri kita adakah percakapan, diam, pandangan dan gerak laku kita seharian adalah zikir, tafakur, iktibar dan perhambaan...

Wallahua'lam...

Sunday, July 24, 2011

kembali ke MESTECH!!!!

untuk pengetahuan, syira langsung tak ready nak balik ke UNIKL..
tapi nak buat macam mana, tetap kena balik dan teruskan pengajian...
syira sekarang di sem 5 sudah.... sem akhir disini....
tahun depan bermulanya dunia praktikal.... serius sangat la takut tapi ada perkara lain yang merisaukan syira...
Mak syira mengharapkan syira dapat pointer tinggi untuk sem ni supaya nanti nak sambung degree
boleh tukar bidang medical.....
kalau tanya apa yang syira minat, syira pun tak tahu tapi yang penting buat masa sekarang dapatkan pointer yang tinggi..
 tapi bolehke???? entahlah.....




medic vs laboratory

Sunday, July 17, 2011

HarrY PotTer


Mule2 tkan dulu link kat atas ni... Dh tgk????? best kan.... Terbaik (bab kate Boboi boy) hehehehhe
ok cerita Harry Potter ni memang yang terbaik la.....(2 kali ulang) ramai yang tengok dan setiap kali cerita ni keluar, seluruh negara akan menonton... Worldwide... Hebatkan bunyi....
so untuk sesiapa yang tak pernah tengok lagi cerita ni pergilah tengok..
Link kat atas ni preview for harry potter 7 part 2... Sob2... lepas ni dah x de dah harry potter....
Syira rase la kan Harry potter buku punye lagi menarik dari muvie.... Dapat buat kite berimaginasi macam mana sesuatu terjadi dan muvie pulak banyak skip2..... tapi pe2 pun kedua-duanya TERBAIK!!!!
Ni semua buku harry potter.. Try la bace sape yg bru 1 time.. :)

  Nice to see... paling suke si kembar ni......




 So, mari menonton... :)