About Me

My photo
Assalamualaikum.... Saya Nur Syahirah and this is just something that i wrote randomly. syira mintak maaf kalau ada yang terkasar bahasa... life is short,you can play or become naughty... Do everything you want but ALLAH is our priority. Ingat Allah selalu ^_^

Friday, November 4, 2011

kisah sedih seorang insan


SEKADAR INGiN MEMANJANGKAN DOA...
Bagi sesiapa yg telah menerima berita ini..harap maaf jika mengganggu..kepada sesiapa yg belum pernah terima..harap boleh baca spai habis..

"Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di ...MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian."

Harapan sy( MBAKHRi Ir)..agar anda dapat menekan butang "share" dibawah utk memanjangkan lg DOA ini kepada sesiapa sahaja.

Terima kasih dr sy kerana anda sudi membacanya spai habis...

function of blog

mule2 mmg wat blog ni untuk tulis ape yg syira bljar.. tpi stlah brjurn wat blog...
akhirnye!!! mmg tak la bnde tu nk jdi..
so skrang ni syira focus untuk mmbace blog org laen :) trbaik la!!!

Wednesday, August 3, 2011

my FYP - part 1

FYP= final year project....
bila di sem akhir ni, saya dah mula kena buat projek semester akhir.. tajuk saya ialah Modification of histotechnique in tissue processing. Supervisor saya ialah Sir Hanan.. dia pernah mengajar saya sebelum ini dan dalam sem ini jugak......
Perkara yang merungsingkan saya sekarang bukanlah supervisor saya tapi kerja kursus saya ni...
Kerja saya ini memerlukan saya berkerja dengan tikus hidup... Tikus hidup ini saja pun dah memberikan masaalah besar bagi saya apatah lagi nak membedahnya pula.....
Dulu saya pernah buat tugasan seperti ini sewaktu di tingkatan 5, berbezanya dulu ialah saya membuat eksperimen ini pada seekor katak.bersama rakan2...
kali ini membuatnya sendiri dan terpaksa melakukan benda ini sekali lagi pada beberapa ekor tikus bukanlah perkara yang mengembirakan...
Sebaliknya ia satu perasaan yang tak berapa seronok..... susahla nak terangkan....
Tapi nanti saya akan laporkan semua eksperimen saya ini.. doakan saya berjaya ya

p/s: to encik2 tikus... maafkan saya..

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapore

game bola malam ni memang terbaikla....
memang la kita kalah tapi nampak perbezaan yang nyata diberikan semua orang antaranya ialah:
1) pemain malaysia nampak lebih yakin dan bersemangat.. kalau dulu pemain Malaysia bila hampir nak kalah, game diorang makin hambar. Menyebabkan ramai yang marah.
2) penyokong Malaysia sekarang lagi sporting... dekat radio, tv sumenye memberi semangat penuh terhadap pemain.... siap hafal lagi nama........

tapi harapnya semua ni berkekalan la..... ialah, kepercayaan yang diberi peminat kepada pemain adalah 80% sekarang, harap pemain malaysia dapat tunjukan yang terbaik.. seperti hati ni...
walaupun kalah, sume still TERBAIK!!!!!!!
SEMOGA BERJAYA!!!

Monday, July 25, 2011

antara Aku dan Dia

dia adalah mereka yang rapat dengan syira.....
kalau ikutkan terdapat perbezaan yang jelas antara syira dan mereka.....
dengan diorang syira tak dapat jadi siapa syira yang sebenarnya tapi dengan diorang juga hidup syira sangat ceria...
adakala sangat sukar tetapi kebanyakkan masa ianya sangat manis....
yang sukar sebenarnya bukanlah mereka tapi saya sendiri yang tak dapat menerima diriku yang baru...
syira yang baru lebih pendiam, lebih suka memendam rasa dan sering rasa terabai..
orang lain selalu cakap saya seorang yang blurr, over sensitive dan macam2 lagi....
mengenai itu saya tak mampu nak kata TIDAk.. sebab itu mungkin saya yang sebenarnya tanpa saya sedari....
tapi baru2 ni seorang rakan telah poskan sesuatu yang sangat tulus tuturkatanya yang membutakan saya sedar..
it okay for whatever people want to say.. it is me that important...
how do i convert it into the right way........
bacalah ni.. dan berikan pendapat anda.... i do hope there is comment :)
4 PERKARA

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara:
- percakapan
- diam
- pandangan
- gerak laku

~ Percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah s.w.t itu sia - sia..
~ Diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah s.w.t itu leka..
~ Pandangan yang tidak disertai iktibar itu lalai..
~ Gerak laku yang tidak disertai dengan rasa kehambaan itu kosong..

Dirahmatilah hidupnya bagi orang - orang yang menjadikan:
- Percakapan sebagai zikir
- Diam sebagai tafakur
- Pandangannya sebagai iktibar
- Gerak laku sebagai perhambaan

Ayuh bersama renungi kembali ke dalam diri kita adakah percakapan, diam, pandangan dan gerak laku kita seharian adalah zikir, tafakur, iktibar dan perhambaan...

Wallahua'lam...

Sunday, July 24, 2011

kembali ke MESTECH!!!!

untuk pengetahuan, syira langsung tak ready nak balik ke UNIKL..
tapi nak buat macam mana, tetap kena balik dan teruskan pengajian...
syira sekarang di sem 5 sudah.... sem akhir disini....
tahun depan bermulanya dunia praktikal.... serius sangat la takut tapi ada perkara lain yang merisaukan syira...
Mak syira mengharapkan syira dapat pointer tinggi untuk sem ni supaya nanti nak sambung degree
boleh tukar bidang medical.....
kalau tanya apa yang syira minat, syira pun tak tahu tapi yang penting buat masa sekarang dapatkan pointer yang tinggi..
 tapi bolehke???? entahlah.....




medic vs laboratory

Sunday, July 17, 2011

HarrY PotTer


Mule2 tkan dulu link kat atas ni... Dh tgk????? best kan.... Terbaik (bab kate Boboi boy) hehehehhe
ok cerita Harry Potter ni memang yang terbaik la.....(2 kali ulang) ramai yang tengok dan setiap kali cerita ni keluar, seluruh negara akan menonton... Worldwide... Hebatkan bunyi....
so untuk sesiapa yang tak pernah tengok lagi cerita ni pergilah tengok..
Link kat atas ni preview for harry potter 7 part 2... Sob2... lepas ni dah x de dah harry potter....
Syira rase la kan Harry potter buku punye lagi menarik dari muvie.... Dapat buat kite berimaginasi macam mana sesuatu terjadi dan muvie pulak banyak skip2..... tapi pe2 pun kedua-duanya TERBAIK!!!!
Ni semua buku harry potter.. Try la bace sape yg bru 1 time.. :)

  Nice to see... paling suke si kembar ni......




 So, mari menonton... :)


Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Sya'ban

balik dari pasar malam tadi syira cepat2 naik atas, mandi dan solat maghrib..... tak lame lepas tu, tetiba kluar cerita yang malam nisfu sya'ban kne baca Yassin..... 
'Alamak, tak bace la plak".... mule2 tu mmg risau jugak, ye la org lain baca tapi kita wat tak tau aje..... tak sedap pulak rasenye...... kalau orang lain mesti fikir kenapa tak baca aje klu dah tau... tapi ni la syira sbnarnye..... 
syira suke mengaji lepas solat Maghrib, maklum la kalau waktu lain tu macam-macam benda nak dibuat. so yang paling sesuai mestilah waktu ni kan?? senja2 nak buat apa pun rasa tak best....
akhirnya syira amik keputusan bukak laptop dan pasang surah Yassin... sambil2 mendegar tu, bukak internet dan search la pasal bulan istimewa ni.... jadi keluarlah beberapa perkara yang menarik untuk dijadikan pengajaran bersama:


يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).... 

- so berdasarkan hadis di atas yang syira baca.... tak dinyatakan secara khusus amalan yang disuruh untuk dilakukan pada malam Nisfu sya'ban contoh baca yassin dah solat2 khas dan dinyatakan bahawa solat2 khas bukanlah ajaran nabi. sumber blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin
- pada bulan tersebut kita tak dibenarkan puasa sunat tetapi puasa ganti, nazar, wirid dan beberapa lagi adalah dibenarkan  
Sumber:

Jabatan Mufti Brunei: Puasa Sunat Bulan Sya‘ban - http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil288-bhgakhir.pdf

JomFaham : Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban - http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html



Sunday, April 17, 2011

my final examination...

- clinical chemistry
-hematology
-healthcare ethic and safeyty
-urinalysis
-bacteriology & virology

nk exam tpi sgt x yakin ngan dri..... trasa mcm x mmpu je...... Doakan saya yg trbaik ye..... 

Tuesday, April 5, 2011

kepada teman-temanku....


Kepada seorang teman…. Ketahuilah….

Ketika saya berseorangan, saya perlukan teman untuk berbicara…
Ketika saya makan, saya perlukan teman untuk bersama…
Ketika saya menangis, saya perlukan teman untuk memujuk..
Ketika saya ingin bercerita, saya perlukan teman untuk mendegar..
Ketika saya berjalan bersendirian, saya perlukan teman untuk ditemani…
Ketika saya gembira, saya perlukan teman untuk berkongsi kegembiraan….
Saya juga manusia yang mengaharapkan perhatian dan bukan digunakan hanya ketika kesusahan..
Saya mungkin tak pandai, tak kelakar, tak perihatin, degil dan macam-macam lagi tapi saya masih mengharapkan yang awak tetap menerima saya..
Pandanglah saya, maka awak akan menyedari bahawa saya berasa kesunyian sangat…

Monday, March 28, 2011

kem alang batangsi semenyih

baru- baru ni syira pergi kem for co-co di batangsi.. mulenye memang sgt malas tpi dlm tmpoh 2 hari ni banyak benda yang syira belajar....
nak tau ape die?????
- semua orang takut tapi tahap itu yang membezakan... kalau boleh elok sembunyikan saja takut tu... kerana hanya 20% saja perkara yang kita takutkn mungkin trjadi lgi 80% adalah x mungkin... jadi jgn la trlalu tkut bila kita buat sesuatu.... dan jika takut bila melakukan sesuatu.. it's ok to scream or cry.... dan itu lbih baik sbb kta klaurkn semua apa yg kite rsakan..... :)
- yakin dgn dri bhwa kita boleh buat.. berusaha melakukn ssuatu yg kita x pernah buat dan bila kita buat sesuatu hasilnya pasti kita puas hati walaupun tak seberapa... pasti kekal di memori sebagai yang terbaik... InsyaALLAH

kalau ada peluang lagi, syira nak buat lagi.. dan sekalipun jika syira takut.. it's ok sbb syira tetap nak buat..
 ni the car...
abg amir.. MFI gambar ayah, encik shaah dan abg syafiq x leh nk masuk lak.. tenet slow... sorry sgt... tpi thanks sbb bgi kmi pluang ni..
tq a lot......

Wednesday, March 23, 2011

seorang teman pernah berpesan.....

                                “Kadang² Allah sembunyikan matahari..
                                        Dia datangkan petir dan kilat..
                                    kita menangis dan tertanya-tanya,
                                               kemana hilangnya sinar..                                        
                                Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”   
          “Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
                  Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
                     Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
             Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

*copy paste dari seorang teman...... indah kata2.. indah lgi jika memahaminya sepenuh hati.... :)

Saturday, March 19, 2011

jahat....

nak tau siapa yg pling jahat kat dunia ni.. saya la..
kdg2 trse diri ni sgt brpura2....
knp la mulut ni jahat sgt.....
knp trgamak ckp bende2 mcm tu???
siapa saya untuk judge die???
apa yg aku dh buat ni????
kesian dkt adik aku.... dpt kakak yg lngsg x reti brsabar..
aku mmg x reti sbr.. kmdian aku sndri yg mnyesal srg2.....
Ya ALLAH, jahatnya aku.......
tpi aku lebih kesian kn mak aku.. brsusah payah mengandung
9 bulan trpaksa mnjaga anak yg jahatni.. 
maafkan syira :(

Monday, January 31, 2011

Rakyat malaysia di mesir (my friends)

korang mesti dah bacakan apa yang jadi di Mesir.....
sebenarnya benda ni lebih teruk dari apa yang kita baca...

banyak benda yang kita tak tahu, so untuk ternagkan apa yang jadi.... saya de copy and paste this two blog.....

for sape2 yang baca, marilah kita share ramai. semoga semua tahu....
mungkin bukan kita, rakan2rakan dan ahli keluarga yang terlibat tetapi kita semua rakyat Malaysia kan? kebanyyakkan yang berada disana juga orang islam..
Ya Allah selamatkan mereka.. Amin..
blog 1:

kisah sebenar di Egypt baca dan sebarkan

Salam semua...

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
 
second blog: 

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
 

Friday, January 28, 2011

manusia...

Manusia ini memang sangat unik..... setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukkannya sendiri...
tapi itu jugaklah yang menjadikan hidup kita ceria.. betul tak???

tapi kadang-kadang tanpa kita sengaja kita menilai orang dari luaran...
'don't judge a book by it's cover'
bak kata orang putih-putih...................

ceritanya bermula begini..................

setelah berhempas pulas study clinical chemistry and settelkan homework scientific communication that both diberi oleh lecturer smart kami semalaman.... kami pun merancang untuk lepak di kajang = main bowling...
 kami berenam pun bergeraklah dari unikl, university kesayangan kami ke Kajang...
1 thing wat ialah MAKAN!!! perut dah macam-macam lagu keluar...
elok sudah makan, kita dengan penuh semangat meracang untuk main bowling.....
semua pun masuk kereta biru tapi..................

enjin kereta tak boleh start..... cuaknya time tu,....
kami berenam tapi tak ade siapa pun yang ada ilmu enjin kereta... enjin manusia itu adalah... he3...
dua dari rakan saya pergi ke sebuah kedai talefon untuk bertanya sama ada diorang tahu apa-apa tentang ilmu kereta tak.. 

jawapan mereka: hantar bengkellah......
ala, jawapan mudahnye kalau ada bengkel di situ....

akhirnya kami semua pusing 1 kajang mencari bengkel kereta......
macam-macam yang terjadi.... semua tunjuk tempat lain-lain....
tapi tak satu pun yang boleh pakai.... :(
yang paling tak boleh lupa, kami pergi shell dan orang tu cakap pekerja yang tahu tentang enjin ni cuti..
Ya ALLAH!!!!!!!
akhirnya kami semua balik ke kereta kembali.....
tetiba datang pakcik tukang kasut, sebelah kedai jam tadi........
bertanyakan tentang kereta..... kami cerita la enjin x boleh start...

Paling terkejut ialah pak cik itu membantu kami membaiki kereta...
YA ALLAH!!!! terkedu kami seketika....
disebabkan kerosakkan bateri... kami terpakse membeli bateri baru...
tapi betapa baiknya pakcik tadi, dia tolong jagakan kereta kami, malahan sentiasa di sisi kami sampailah kami berangkat........

baiknya insan ni.... Ya ALLAH, ko berkatkanlah rezeki dia....... moga dia sentiasa dalam limpah nikmat-MU...

kami bukan nak memandang rendah, tapi kami pun tak sangka pak cik itu sanggup membantu kami...
bukan kerana dia hanya membaiki kasut kami tak nak bertanya, tapi kerana kami takut menyinggung atau menganggu.....
disebabkan kereta rosak,  kami banyak belajar benda baru...
kejadian manusia beginilah yang membuat kita dapat teruskan hidup...
kita akan sentiasa ditimpa dugaan, kita sedih, marah dan kecewa...... tetapi yang uniknya ialah kita akan sentiasa ada orang yang akan menyokong dan membantu kita... kita cuma perlu melihat sekeliling sebab kadangkala penyelamat kita adalah kenalan kita sendiri dan kadangkala ia cuma insan yang duduk di tepi jalan membaiki kasut........ :)
'setiap yang pahit itu ada manisnya' &'setiap kesusahan ada kesenagan' betullah kata-kata ni kan??
saya dah merasakannya, korang?????? ^_^
kereta biru comel kami rosak dan yang membaikinya pun pakai baju biru.. comel jugak ke??? hahahaha


berusahalah ya pakcik-pakcik sekelian... kami menyokong anda dari tepi......

ni lah pak cik yang sangat baik hati,... siapa-siapa yang nak repair kasut hantar la kat pak cik ni....
Dia bukak kedai depan McD..... terima kasih pakcik.... <3

Monday, January 17, 2011

ujianku.......

Manusia memang tak boleh lari dari ujian.... apa itu ujian dan apa itu dugaan??? setiap orang diuji dengan masaalah yang bebeza.. begitu juga aku.....

"Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan"
"Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap."

Ayat dia atas itu saya copy dari link ini: http://www.life-verses.protajdid.com/?p=458
Ape yang cuba dijelaskan  ialah setiap manusia mesti menghadapi ujian dalam hidup. bile fikir balikkan, seronokke hidup kalau hari-hari melalui benda yang sama tanpa ada masaalah pun. Bagi saya hidup begitu bosan.

Kalau nak tahu kenapa saya menulis mengenai ujian, jawapannya mudah. Saya juga menghadapi duagan sekarang. Dugaan saya ialah saya selalu jatuh sakit, kali ini ia menakutkan saya. Tapi itulah namanya dugaan.....
Apa yang saya boleh buat sekarang cuma sabar dan cuba merawat penyakit ini.. Bak kata pepatah, setiap penyakit itu ada ubat. Yang paling penting jangan pernah putus asa dengan nikmat Tuhan...

so kepada sesiapa yang membaca, jangan pandang belakang lagi. Teruskan hidup dan berhadapanlah dengan ujian ini dengan sabar sebab kita semua diuji cuma ujiannya berbeza bagi setiap individu... ^_^


Saturday, January 15, 2011

pembukaan...........


15/1/2011 – 4.30 pm
Kali kedua membuat blog……. Dulu waktu kali pertama buat blog pada dasarnya untuk suka-suka sahaja, tapi bila dah buat barulah terlintas di hati Cuma ini sahaja ke yang aku nak tulis?? Luahan perasaan??? Totally not my style…….. akhirnya my blog is being turned off……
Kalau tanya kenapa nak buat blog lagi??? Jawapannya simple je….. aku nak share my knowledge with other people. Dulu aku study dalam bidang agama… unexpected from girl like me kan??? Tapi sebab minat yang mendalam dalam bidang sains, sekarang aku further study dalam bidang makmal perubatan.
Ada banyak benda dalam dunia ni yang aku tak tahu, dan aku rasa korang pun macam tu kan? Entah kenapa aku rasa apa yang aku belajar semuanya macam tak kekal lama… agaknya mungkin sebab aku ni pelupa kot atau ilmu yang diberi tidak berkat, the truth is I don’t really know…….
So, untuk sentiasa refresh kan minda aku, ada baiknya aku tulis di dalam blog betul tak??? Kalau tanya rancangan aku, aku Cuma nak tulis mengenai ilmu-ilmu yang aku belajar seharian…. Yang pastinya lebih kepada bidang agama dan perubatan.
Bersamalah kita berkongsi ilmu… bak kata pepatah, sharing is caring…… so thanks to my friend yang bagi idea ini dan thanks jugak dekat blog mereka-mereka yang bakal menjadi bahan rujukan aku kelak……..
^_^