Manusia ini memang sangat unik..... setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukkannya sendiri...
tapi itu jugaklah yang menjadikan hidup kita ceria.. betul tak???
tapi kadang-kadang tanpa kita sengaja kita menilai orang dari luaran...
'don't judge a book by it's cover'
bak kata orang putih-putih...................
ceritanya bermula begini..................
setelah berhempas pulas study clinical chemistry and settelkan homework scientific communication that both diberi oleh lecturer smart kami semalaman.... kami pun merancang untuk lepak di kajang = main bowling...
kami berenam pun bergeraklah dari unikl, university kesayangan kami ke Kajang...
1 thing wat ialah MAKAN!!! perut dah macam-macam lagu keluar...
elok sudah makan, kita dengan penuh semangat meracang untuk main bowling.....
semua pun masuk kereta biru tapi..................
enjin kereta tak boleh start..... cuaknya time tu,....
kami berenam tapi tak ade siapa pun yang ada ilmu enjin kereta... enjin manusia itu adalah... he3...
dua dari rakan saya pergi ke sebuah kedai talefon untuk bertanya sama ada diorang tahu apa-apa tentang ilmu kereta tak..
jawapan mereka: hantar bengkellah......
ala, jawapan mudahnye kalau ada bengkel di situ....
akhirnya kami semua pusing 1 kajang mencari bengkel kereta......
macam-macam yang terjadi.... semua tunjuk tempat lain-lain....
tapi tak satu pun yang boleh pakai.... :(
yang paling tak boleh lupa, kami pergi shell dan orang tu cakap pekerja yang tahu tentang enjin ni cuti..
Ya ALLAH!!!!!!!
akhirnya kami semua balik ke kereta kembali.....
tetiba datang pakcik tukang kasut, sebelah kedai jam tadi........
bertanyakan tentang kereta..... kami cerita la enjin x boleh start...
Paling terkejut ialah pak cik itu membantu kami membaiki kereta...
YA ALLAH!!!! terkedu kami seketika....
disebabkan kerosakkan bateri... kami terpakse membeli bateri baru...
tapi betapa baiknya pakcik tadi, dia tolong jagakan kereta kami, malahan sentiasa di sisi kami sampailah kami berangkat........
baiknya insan ni.... Ya ALLAH, ko berkatkanlah rezeki dia....... moga dia sentiasa dalam limpah nikmat-MU...
kami bukan nak memandang rendah, tapi kami pun tak sangka pak cik itu sanggup membantu kami...
bukan kerana dia hanya membaiki kasut kami tak nak bertanya, tapi kerana kami takut menyinggung atau menganggu.....
disebabkan kereta rosak, kami banyak belajar benda baru...
kejadian manusia beginilah yang membuat kita dapat teruskan hidup...
kita akan sentiasa ditimpa dugaan, kita sedih, marah dan kecewa...... tetapi yang uniknya ialah kita akan sentiasa ada orang yang akan menyokong dan membantu kita... kita cuma perlu melihat sekeliling sebab kadangkala penyelamat kita adalah kenalan kita sendiri dan kadangkala ia cuma insan yang duduk di tepi jalan membaiki kasut........ :)
'setiap yang pahit itu ada manisnya' &'setiap kesusahan ada kesenagan' betullah kata-kata ni kan??
saya dah merasakannya, korang?????? ^_^
kereta biru comel kami rosak dan yang membaikinya pun pakai baju biru.. comel jugak ke??? hahahaha |
berusahalah ya pakcik-pakcik sekelian... kami menyokong anda dari tepi...... |
ni lah pak cik yang sangat baik hati,... siapa-siapa yang nak repair kasut hantar la kat pak cik ni....
Dia bukak kedai depan McD..... terima kasih pakcik.... <3
No comments:
Post a Comment